Pilih Bahasa

Polis buka enam kertas siasatan

Oleh Junaidi Ladjana

KIMANIS: Polis membuka enam kertas siasatan sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis setakat ini.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Azmir Abdul Razak berkata antara kesalahan iaitu merangkumi Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 dan lain-lain.

“Enam kertas siasatan itu adalah kesalahan mengikut Seksyen 10 (sogokan), Seksyen 4A (1)(mengembangkan perasaan jahat atau permusuhan).

“Dua seksyen berlainan adalah kesalahan fitnah yang disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM),” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Menurutnya, sebarang perkembangan kes akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Sementara itu, Azmir berkata pihaknya turut mengeluarkan sejumlah 181 permit.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 112 permit diluluskan kepada Warisan manakala Barisan Nasional (BN), sejumlah 69 permohonan permit,” katanya. – SabahNewsToday