Pilih Bahasa

Polis nafi mayat wanita ditemukan di Tanjung Aru

Oleh Junaidi Ladjana

KOTA KINABALU: Polis Kota Kinabalu hari ini menafikan gambar memaparkan mayat wanita ditemukan di Tanjung Aru, di sini hingga tular di laman sosial Facebook dan aplikasi WhatsApps sejak beberapa hari lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata sehingga ke hari ini, tiada kes penemuan mayat seperti didakwa dalam Facebook dan WhatsApp berkenaan.

Katanya, pihak polis juga belum menerima sebarang laporan berhubung kejadian itu.

“Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu ingin menafikan gambar yang tular di media sosial yang mendakwa mayat seorang wanita ditemui di Pantai Tanjung Aru Kota Kinabalu.

Gambar yang tular di media sosial mendakwa kononnya itu adalah mayat yang ditemukan di Pantai Tanjung Aru. Gambar SNT/Media Sosial

“Sehingga ke hari ini, tiada laporan polis yang diterima berkaitan penemuan mayat berkenaan,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Habibi berkata pihaknya berharap semua pihak supaya berhenti dan tidak menyebarkan sebarang laporan atau maklumat yang tidak benar.-SabahNewsToday