Pilih Bahasa

Polis tahan 3 suspek dan merampas rokok seludup

Oleh Junaidi Ladjana

KUDAT: Polis Kudat menahan tiga individu termasuk seorang wanita dan merampas 3,150 bungkus rokok seludup dalam serbuan di dua kampung di daerah ini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kudat, Superintendan Mohd Firdaus Francis Abdullah berkata, bertindak atas maklumat berkenaan penyimpanan rokok seludup, sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kudat membuat serbuan dan pemeriksaan di Kampung Tanjung Kapor dan Landung Ayang.


Mohd Firdaus Francis Abdullah (kiri) menunjukkan rokok seludup yang dirampas dalam serbuan di dua kampung di Kudat. Gambar SNT, Ihsan IPD Kudat

“Hasil pemeriksaan di tiga rumah di dua kampung berkenaan menemui sebanyak 3,150 bungkus rokok. Seterusnya polis turut menahan dua lelaki dewasa dan seorang wanita dewasa kerana disyaki menyembunyikan rokok berkenaan.

“Semua tangkapan dan rampasan di bawa ke IPD Kudat untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967,” katanya menerusi kenyetaan media hari ini.

Dalam pada itu, dalam kes berasingan, Mohd Firdaus berkata, pihaknya berjaya menyelesaikan beberapa kes jenayah pecah rumah, pejabat, dan pasar mini di daerah ini dengan tertangkapnya dua suspek pada 2 Ogos lalu.

“Kedua-dua suspek lelaki dewasa ini didapati terbabit kes pecah pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kudat, pecah rumah di Taman Golden Hill, pecah pejabat DMW Toyota dan kes ceroboh di pasar mini Jaya Murni.

“Siasatan mendapati kedua-dua suspek ini berasal dari luar Kudat dan mempunyai banyak rekod kesalahan lampau dan turut terbabit dengan beberapa kes jenayah di daerah lain,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana melakukan pecah masuk dan Seksyen 451 Kanun -SabahNewsToday