Pilih Bahasa

Polis tahan wanita Indonesia bersama dadah di Tawau

Syabu yang dirampas dalam serbuan Op Tapis di Kampung Melati Burut, Tawau. Gambar SNT/Ehsan IPD Tawau

TAWAU, 4 Feb (Bernama) — Polis menahan seorang wanita Indonesia bersama dadah jenis syabu dalam satu serbuan Op Tapis di sebuah rumah di Kampung Melati Burut, Bombalai dekat sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Fadil Marsus berkata suspek berusia 43 tahun dan tidak bekerja itu melarikan diri ke tandas dan cuba membuang sesuatu ke dalam mangkuk tandas selepas anggota polis memperkenalkan diri dalam kejadian 11 pagi.

Suspek seorang wanita Indonesia ditahan oleh polis. Gambar SNT/Ehsan IPD Tawau

“Pemeriksaan awal pada tubuh badan wanita tersebut tidak menemukan sebarang barang salah namun pemeriksaan di tandas menjumpai satu beg silang berwarna coklat yang berisi tiga paket plastikpelbagai saiz disyaki syabu seberat 50.6 gram.

“Senarai bongkar dikeluarkan dan suspek mengakui miliknya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Fadil berkata suspek akan direman bermula esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

— BERNAMA