Pilih Bahasa

Polis tingkatkan tahap keselamatkan menjelang hari pengudian

Oleh Junaidi Ladjana

Azmir Abdul Razak ketika ditemui media di pejabatnya di IPD Beaufort. – Gambar SNT/Junaidi Ladjana

BEAUFORT: Pihak berkuasa akan meningkatkan tahap keselamatan di semua saluran mengundi pada Piliharan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Azmir Abdul Razak berkata langkah itu bagi mengelak sebarang insiden tidak diingin berlaku.

Katanya seramai 859 pegawai dan anggota pelbagai cawangan akan ditugaskan sepanjang tempoh proses pengundian termasuklah memastikan kelancaran proses pemindahan peti  ke pusat pengiraan undi. 

“Keanggotan trafik kita maksimumkan 100 orang lebih, untuk memastikan laluan lancar dan juga keselamatan dan juga petugas-petugas ini dari PDM ke tempat pengiraan undi di Dewan Datuk Seri Panglima Mohd Dun Banir.

“Kita tutup laluan di hadapan dewan itu sahaja, kita kira sebagai laluan alternatif. Saya jangkakan tidak menggangu lalu lintas,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort di sini, hari ini.

PRK Parlimen Kimanis kali ini menyaksikan seramai 29,618 jumlah pengundi untuk kerusi Parlimen berkenaan melibatkan 68 saluran dan 19 buah pusat mengundi. 

Dalam pada itu, Azmir berkata Jalan Beaufort merupakan laluan utama dari Sarawak dan Brunei Darussalam.

“Kita cuba sebaik mungkin… jika ada kesesakan mohon semua pengguna jalan raya bersabarlah.

“Kita faham beberapa lokasi PDM-PDM di tempat mengundi ini di tepi jalan utama,” katanya. – SabahNewsToday