Pilih Bahasa

Politeknik Kota Kinabalu terima kemasukan 864 pelajar sesi Jun

KOTA KINABALU, 27 Jun (Bernama) — Politeknik Kota Kinabalu (PKK) menerima kemasukan 864 pelajar dalam pelbagai program yang ditawarkan bagi sesi Jun tahun ini.

Menteri Pelajaran dan Inovasi Dr Yusof Yacob menandatangani plak. Gambar SNT/Ihsan MP&I

Pengarahnya, Ts Zainab Othman berkata jumlah itu melebihi jumlah yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu 805 pelajar.

Dr Yusof menerima cenderamata dari Zainab. Gambar SNT/Ihsan MP&I

“Dijangkakan akan ada lagi pertambahan pelajar sehingga tarikh tutup pada 23 Julai ini. Peningkatan ini menunjukkan institusi Politeknik khususnya PKK antara pilihan utama sebagai tempat melanjutkan pengajian khususnya dalam bidang kemahiran,” katanya.

Para pelajar baharu Politeknik Kota Kinabalu melafazkan ikrar. Gambar SNT/Ihsan MP&I

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Penutup Minggu Suai Kenal (MSK) Pelajar Baharu Sesi Jun 2019 PKK yang disempurnakan oleh Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah Datuk Dr Yusof Yacob.

Pelajar baharu lelaki Politeknik Kota Kinabalu melafazkan ikrar. Gambar SNT/Ihsan MP&I

Zainab berkata kebolehpasaran graduan memperolehi pekerjaan yang sesuai selepas tempoh enam bulan tamat pengajian PKK pada Sesi Disember tahun lepas meningkat 96.5 peratus berbanding sasaran ditetapkan KPM pada 90 peratus.

— BERNAMA