Pilih Bahasa

PPM rampas petrol, diesel cuba diseludup ke negara jiran

Oleh Junaidi Ladjana

PPM Kudat menahan dua lelaki dan merampas petrol, diesel dipercayai cuba diseludup ke negara jiran. – Gambar SNT/Ihsan PPM

KUDAT: Pasukan Polis Marin (PPM) Kudat menahan seorang juragan dan kru bot yang cuba menyeludup keluar petrol dan diesel menggunakan bot nelayan dalam Ops Landai Khas di kawasan Jeti Angkasa Lama, di sini semalam.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali berkata bertindak atas maklumat, anggota Unit Risik Marin (URM) PPM Kudat menahan seorang juragan dan seorang kru bot, pada pukul 8.30 malam.

“Hasil pemeriksaan menemui sebanyak 550 liter petro dan 1,600 diesel di atas bot berkenaan.

“Semua barang itu dipercayai cuba diseludup ke negara jiran menggunakan bot nelayan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mohamad Pajeri berkata, keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM8,3762.

Katanya tangkapan dan rampasan dibawa ke Markas Operasi PPM Kudat untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961. – SabahNewsToday