Pilih Bahasa

PPM Sabah diingatkan berkhidmat sebaik mungkin: Mohd Shafie

Oleh Sabah News Today

Mohd Shafie (tengah) bergambar bersama PPM baharu yang dilantik. – Gambar SNT/Ihsan JKM

KOTA KINABALU: Lima lagi pemimpin pembangunan masyarakat (PPM) mengangkat sumpah petang tadi menjadikan jumlah PPM di Sabah meningkat kepada 63 orang.

Mereka adalah Nor Simah Selebes (Ibu pejabat), Jaimun @ Abd Latif Mopuas (Inanam), Tan Kim Poh (Likas), Nossil @ Sylvester Basayu (Melalap) dan Abdul Gani Zelika (Balung).

Majlis ringkas tersebut diadakan di hadapan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di pejabatnya di Bangunan Pusat Pentadbiran Negeri Sabah di sini.

Mohd Shafie turut mengingatkan mereka untuk berkhidmat dengan sebaik-baiknya kepada rakyat dan menjalankan tugas dengan penuh etika serta sentiasa merujuk kepada pemimpin atasan. – SabahNewsToday