Pilih Bahasa

PREMIS DIDENDA RM5,000 SAMBUNG PAIP HARAM

Oleh Nasrawati Syarifuddin

TAWAU: Pejabat Jabatan Air Tawau mengeluarkan kompaun RM5,000 kepada sebuah syarikat perkhidmatan menghantar barang dipercayai membuat penyambungan paip air secara haram di sebuah premis di bangunan kedai di Bandar Sri Indah, di sini, hari ini.

Jurutera Air Bahagian Tawau, Asabri Robensen berkata bertindak atas maklumat yang diterima, operasi yang bermula pukul 10:40 pagi berjaya mengesan premis terbabit.

Kakitangan Pejabat Jabatan Air Tawau membuat pemotongan paip keatas sebuah syarikat perkhidmatan menghantar barang kerana melakukan penyambungan paip secara haram. Gambar SNT / Ihsan Pejabat Jabatan Air Tawau

Pemeriksaan mendapati, berlaku penyambungan haram daripada stand paip 2 inci yang disambungkan terus ke premis tersebut.

“Kita kemudian mengambil tindakan melakukan pemotongan keatas sambungan paip haram di premis berkenaan atas kesalahaan dibawah Seksyen 49(b) Enakmen Bekalan Air Negeri Sabah 2003.

“Saya mohon kepada pengguna untuk sentiasa mematuhi undang-undang dalam Enakmen Bekalan Air 2003 atau berdepan dengan denda sekiranya melakukan kesalahan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau menasihatkan mana-mana individu dan syarikat yang dikenakan tindakan kompaun sebelum ini agar menjelaskan bayaran kompaun dengan segera.

“Ia bagi mengelak tindakan mahkamah diambil , sekaligus menyulitkan proses membuat penyambungan meter baru,” katanya.

Orang ramai juga boleh memberikan kerjasama dengan memaklumkan kepada Jabatan Air sekiranya terdapat sebarang kes kecurian atau kebocoran paip air segera melaporkan ke No.Hotlines Jabatan Air Tawau di 088-326888. – SabahNewsToday