Pilih Bahasa

PROGRAN MM2H TERTAKLUK DIBAWAH KDN-MOHAMADDIN

Mohamadin (tiga dari kiri) berbincang dalam mesyuarat tersebut. Gambar SNT/Ehsan MOTAC

LAHAD DATU, Kelulusan permohonan Program Malaysia Ru­mah Keduaku (MM2H) yang di­­­anjurkan oleh Kementerian Pe­lan­congan Seni Dan Budaya (MOTAC) tertakluk di bawah bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN)

Menurut Menterinya, Datuk Mohamaddin Ketapi program yang dianjurkan sejak 2015 itu masih dikelola secara bersama dengan KDN dan keputusan akhir ditentukan kementerian terbabit.

“Sejak dari awal penganjuran program MM2H ini, keputusan dan kelulusan akhir diputuskan oleh Kementerian Dalam Negeri.

“Di pihak kita pula kita masih mengambil permohonan-permohonan terbabit dan kita serahkan kepada KDN untuk kelulusan.

Mohamadin bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat selesai. Gambar SNT/Ehsan MOTAC

“Di kementerian kita tidak punya banyak perundangan yang perlu dipatuhi pemohon kerana akta-akta berkaitan adalah di bawah bidang kuasa KDN.” katanya selepas menghadiri Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Kerja Tindakan Daerah Lahad Datu bagi sesi 2019, yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Lahad Datu, Tuan Iman Haji Ali.

Ahli Parlimen Silam itu menjawab soalan berhubung dakwaan lambakan permohonan MM2H yang masih belum mendapat kelulusan.

Isu terbabit diutarakan Persatuan Program Malaysia Ru­mah Keduaku (MM2H) yang mendakwa hampir 3,000 permohonan masih tidak mendapat kelulusan dari kementerian.

Mohamaddin menambah tidak timbul isu birokrasi atau isu pemindahan program MM2H kepada KDN sebaliknya permohonan-permohonan terbabit perlu melalui proses yang tertakluk di dalam KDN.

“Tiada isu birokrasi atau penyerahan program MM2H.

“Memang sejak dari awal penganjuran program ini, kelulusan akhir adalah dari KDN.

“Jadi ini bukan perkara baru kerana ia telah dipraktikkan sebelum ini dan saya mohon agar pemohon dapat bersabar.” katanya.-SabahNewsToday