Pilih Bahasa

PROTON WAJA MUSNAH TERBAKAR DI KAMPUNG JAWA BATU 12

Oleh Alfred Petrus

Pasukan bomba berusaha memadamkan api pada kereta tersebut. – Gambar SNT/Ihsan Bomba

SANDAKAN: Sebuah kenderaan jenis Proton Waja musnah terbakar di Kampung Jawa Batu 12 di sini hari ini.

Namun, Pegawai Bomba Kanan (PBK) Dua, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Syamzari Ghani berkata punca kebakaran tersebut masih belum diketahui.

Tambahnya, kebakaran tersebut juga tidak melibatkan sebarang kecederaan dan kematian mangsa.

Sementara itu, Pusat Gerakan Operasi (PGO) menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 12.07 tengah hari.

Pasukan BBP Sandakan respon ke tempat kejadian melalui jarak sejauh 19 kilometer daripada balai dengan menggunakan sebuah jentera ke lokasi kejadian.

Pasukan bomba seterusnya memadam kebakaran dengan menggunakan hos salur bantu mula yang berada di dalam jentera. 

Operasi terkawal pada pukul 12.33 tengah hari dan ditamatkan selepas tujuh minit kemudian. – SabahNewsToday