Pilih Bahasa

PSKS ANJUR KEJOHANAN BADMINTON AMAL KUTIP DANA

Oleh Chris Maskilone

KOTA KINABALU: Persatuan Sukarelawan Kanser  Sabah (PSKS) akan menganjurkan Kejohanan Badminton Amal PSKS 2019 pada 23 dan 24 Februari 2019 bertempat di Dewan Yayasan Sabah.

Presiden PSKS, Lawrence Imui berkata tujuan penganjuran kejohanan ialah bagi mengisi tabung dana persatuan.

Lawrence Imui. Gambar Fail SNT

Dana diperlukan bagi membiayai  aktiviti-aktiviti persatuan khususnya penganjuran ceramah-ceramah kesedaran kanser di negeri  ini.

Ianya juga untuk mengwujudkan rumah perantaraan atau half-way house) sebagai tempat penginapan pesakit kanser kurang berkemampuan dari luar bandar yang datang menjalani rawatan jangka panjang di Pusat Perubatan Nuklear dan Radioterapi, di HWKKS Likas, katanya.

Lawrence berkata kejohanan badminton amal PSKS akan menyaksikan empat kategori dipertandingkan iaitu Bergu Lelaki Novice, Bergu Lelaki Gabungan 80 Tahun, Bergu Wanita Gabungan 70 Tahun dan Bergu Campuran Semi-Pro.

Hadiah wang tunai beserta baucer dan alat sukan menanti para pemenang, katanya, sambil menambah kesemua peserta akan mendapat saringan kesihatan percuma sementara para pemain wanita berumur 40 tahun akan berpeluang mendapatkan subsidi ujian mammogram (ujian mengesan kanser payu).

Tarikh tutup penyertaan ialah pada 19 Februari.

Maklumat lanjut boleh didapati dengan menghubungi Lawrence Imui (011-3131 8429); Melissa (012-3978910) dan Resse (013+9498139).-SabahNewsToday