Pilih Bahasa

PUP bakal anjur karnival di Putatan

Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Putatan Abd Said Ombok bergambar kenangan dengan ahli majlis tertinggi PUP yang diketuai oleh Mohd Yusri (empat kiri) selepas kunjungan hormat. Gambar SNT/Ihsan PUP

PUTATAN: Persatuan Usahawan Putatan (PUP) akan menganjurkan sebuah karnival sebagai satu pengisian bagi membantu pengusaha di daerah ini.

Perkara ini adalah hasil perbincangan semasa kunjungan hormat PUP diketuai Pengerusi Mohd Yusri Mohd Yunin kepada Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Putatan, Abd Said Ombok awal minggu ini.

Bersama Mohd Yusri adalah ahli majlis tertinggi PUP.

Beberapa aktiviti lain turut dicadangkan namun ianya masih dalam peringkat perbincangan. – SabahNewsToday