Pilih Bahasa

Pusat ternakan ayam musnah terbakar di Kampung Bantayan

Oleh Alfred Petrus

TUARAN: Sebuah pusat ternakan ayam di Kampung Bantayan, Tamparuli musnah terbakar dalam satu kejadian awal pagi hari ini.

Pegawai Bomba Kanan (PBK) Dua, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran Mohd Faizal Alias berkata kebakaran terbabit melibatkan tiga blok kandang ayam separuh kekal.

Pusat Ternakan Ayam sedang terbakar. Gambar SNT/Ihsan Bomba

Ketiga-tiga kandang tersesebut masing-masing berukuran 40×250, 40×280 dan 40×350 kaki persegi.

Namun, punca kebakaran dan nilai kerugian masih dalam siasatan.

Sementara itu, BBP Tuaran menerima panggilan kecemasan tersebut pada pukul 5.23 pagi dan menggegaskan seramai sembilan anggota ke lokasi kejadian melalui jarak 18 kilometer.

Anggota bomba berusaha memadamkan kebakaran terbabit. Gambar SNT/Ihsan Bomba

Operasi pemadaman kebakaran terbabit turut dibantu oleh BBP Kota Belud.

Setiba di tempat kejadian, pasukan bomba berusaha memadam kebakaran tersebut sehingga terkawal pada pukul 7.26 pagi dan ditamatkan pada pukul 10.09 pagi. -SabahNewsToday