Pilih Bahasa

Rakyat diminta bersabar, tidak panik

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

KOTA KINABALU: Orang ramai diminta bersabar dan tidak panik terhadap inisiatif kerajaan untuk menangani pandemik Covid-19 yang melanda negara dan peringkat global ketika ini.

Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Abdul Rahim Bakri berkata kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan berusaha sebaik mungkin untuk menangani gejala ini.

Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Abdul Rahim Bakri. Gambar File SNT

“Keselamatan dan kepentingan rakyat adalah menjadi keutamaan kerajaan dengan mengambilkira pandangan pelbagai pihak.

“Kesediaan kerajaan untuk memberikan bantuan RM600 bagi tempoh tertentu kepada yang terjejas pekerjaan dan punca pendapatan adalah bukti bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) adalah prihatin dan peka terhadap degupnadi rakyat” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Abdul Rahim turut menyeru rakyat bekerjasama sepenuhnya dengan arahan pelbagai agensi khususnya kementrian berwajib seperti Kementerian Kesihatan supaya segala usaha kerajaan akan membuahkan hasil.

Menurut beliau, mereka yang terlibat dalam ijtimak tabligh di Masjid Sri Petaling diseru bekerjasama dan tidak melakukan banyak pergerakan dan menghubungi hospital terdekat kerana dikhuatiri akan menyebarluas virus tersebut.

“Pemimpin masyarakat diperingkat akar umbi diminta melakukan inisiatif kempen kesedaran dalam kalangan rakyat agar arahan kerajaan menangguhkan majlis dan perhimpunan masyarakat dapat dilaksana bagi tempoh sementara sehingga keadaan kembali pulih sepenuhnya.

“Kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin melalui Economic Action Council akan sentiasa berbincang dan merangka polisi dan inisiatif untuk Kerajaan PN bergerak ke hadapan untuk menangani permasalahan negara khususnya berkait dengan kesan ekonomi dan kewangan negara akibat krisis yang melanda ini,” katanya. – SabahNewsToday