Pilih Bahasa

Rakyat diminta terus bersatu, hormati sesama agama, kaum: Ketua Menteri

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

KOTA KINABALU: Rakyat Sabah diajak untuk terus bersatu membina masa depan lebih cerah tanpa mengira latar belakang agama dan kaum.

Dalam perutusan sempena Hari Wesak esok, Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata seperti perayaan keagamaan lain di negara ini perayaan tersebut turut mengangkat nilai keamanan sesama manusia.

“Saya dan isteri ingin mengucapkan selamat Hari Wesak kepada penganut Buddha di Sabah dan di Malaysia.

“Para penganut Buddha percaya kepada keamanan, khidmat dan kesaksamaan sesama manusia, ini adalah nilai yang kita kongsi dan menjadi ikatan kita di Sabah,” katanya.

Mohd Shafie menambah kerajaan turut menghormati sumbangan para penganut Buddha kepada negeri itu termasuk dengan komitmen untuk bersatu dan terus hidup damai dan harmoni.

Jelas beliau lagi rakyat negeri ini perlu terus bersama-sama membina negara dan negeri ini ke arah masa depan yang lebih baik untuk kebaikan semua tanpa mengira kaum dan agama. – SabahNewsToday