Pilih Bahasa

RAKYAT PERLU TOLAK ANASIR LUAR

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

Dari kanan, Tan Lee Fatt, Awang Husaini, Y.F Chang, Ronnie Loh dan Lee See Fook merasmikan upacara pembukaan lima mata singa dan naga anjuran Persatuan Shaolin Wushu Penampang – Gambar SNT / Sitti Nor Azizah Talata

PENAMPANG: Perpaduan rakyat pelbagai kaum di negeri ini harus dikekalkan untuk memastikan keharmonian yang dinikmati sejak sekian lama tidak diganggu gugat oleh anasir luar.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Likas, Tan Lee Fatt berkata hubungan baik dan sikap saling memahami sesama kaum yang telah lama terjalin dalam kalangan rakyat Sabah merupakan contoh terbaik kepada negara ini.

Menurut sikap saling hormat menghormati itu dibuktikan semasa perayaan sesuatu kaum yang diadakan seperti Tahun Baru Cina.

“Ini adalah keistimewaan orang Sabah. Kita boleh duduk dan minum bersama-sama dengan kaum berlainan yang mungkin tidak diamalkan di tempat lain.

Simbolik upacara pembukaan lima mata singa dilakukan oleh tetamu kehormat dan para penaja iaitu dari kanan, Tan Lee Fatt, Awang Husaini, Y.F Chang, Ronnie Loh dan Lee See Fook. – Gambar SNT / Sitti Nor Azizah Talata

“Sikap ini membuktikan bahawa kita bersatu hati dan tidak ada perasaan prasangka kerana perkara itu sesuatu yang diajar kepada kita,” katanya kepada SabahNewsToday ketika ditemui selepas menghadiri upacara pembukaan Mata Singa dan Naga anjuran Persatuan Shaolin Wushu Penampang di kuil Fook Tet Kong, di sini hari ini.

Selain Lee Fatt, simbolik majlis pembukaan sebanyak lima Mata Naga itu disertai oleh Ahli Parlimen Putatan, Awang Husaini Sahari dan Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Likas, Ronnie Loh Ee Eng.

Tambah beliau lagi kehadiran Awang Husaini ke majlis itu menunjukkan sikap terbuka dalam kalangan pemimpin di negeri iin.

“Beliau (Awang Husaini) juga teruja untuk datang ke acara ini, tapi saya rasa ia sesuatu yang menarik dan luar biasa. Beliau turut menyumbang satu daripada lima ekor naga kepada persatuan ini.

“Kami masyarakat Tiong Hua berterima kasih dan menghargai atas sumbangan yang diberikan,” jelas beliau lagi. – SabahNewsToday