Pilih Bahasa

Rakyat usah biar anasir luar pecah belah perpaduan

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

Peter ketika ditemui media selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang perarakan Hari Kebangsaan peringkat negeri Sabah. – Gambar SNT/Ihsan Penerangan Sabah

KOTA KINABALU: Rakyat negeri ini perlu bijak menilai setiap isu yg dimainkan pihak tertentu demi kepentingan peribadi mereka.

Menteri Pembangunan Infrastruktur negeri, Datuk Peter Anthony berharap rakyat tidak terpengaruh dengan pihak luar yang cuba memporak perandakan perpaduan dan keharmonian di negara ini.

Peter (belakang) bersama kontijen kementeriannya yang meraih tempat kelima perarakan Hari Kebangsaan peringkat negeri Sabah. – Gambar SNT/Ihsan KP&I

“Ada beberapa pihak yang cuba pengaruhi atau memesongkan kedudukan perpaduan kita dengan mengeluarkan kenyataan yang boleh menimbulkan pergeseran kaum di Sabah.

“Saya berharap agar rakyat berhati-hati kerana kita berada dalam Malaysia, sebuah negara majmuk dan sudah tentu permuafakan perpaduan amat penting bagi kita untuk memastikan negara maju,” katanya.

Beliau berkata demikian pemberita selepas menyampaikan hadiah kepada para pemenang perbarisan sempena Hari Kebangsaan peringkat negeri 2019 di dataran bandaraya Jalan Tun Fuad di sini hari ini.

Gambar SNT/Ihsan Penerangan Sabah

Mengenai acara itu, Peter yang juga Pengerusi penganjur sambutan Hari Kebangsaan  peringkat negeri kali ini berkata pihaknya gembira dengan kehadiran orang ramai yang datang memeriahkan acara tersebut.

Menurutnya sambutan Hari Kebangsaan tahun ini berjalan dengan lancar dan kehadiran orang ramai pelbagai lapisan.

“Bagi pihak pengerusi penganjur terima kasih kepada semua pihak terlibat.

“Saya berharap agar penganjuran hari ini akan mengeratkan lagi silaturrahim di samping kemakmuran dan kemajuan di Sabah,” ujarnya. – SabahNewsToday