Pilih Bahasa

Ramalan hujan lebat di Sabah, Sarawak dan Labuan

KUALA LUMPUR, 18 Jan (Bernama) — Hujan lebat dijangka berlaku di Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan selama dua hari dari 21 hingga 22 Jan.

Pusat Operasi Cuaca dan Geofizik Nasional, Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan amaran cuaca waspada itu dijangka berlaku di kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu, Miri (Subis, Miri, Marudi) dan Limbang di Sarawak.

Di Sabah pula melibatkan kawasan pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau,Tambunan), Pantai Barat, Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran) dan Kudat.

— BERNAMA