Pilih Bahasa

Rawilson Batuil, pemain terbaik Liga Premier bulan Mei

Oleh Chris Maskilone

KOTA KINABALU: Ketua Pasukan Tambadau Sabah, Rawilson Batuil telah dipilih sebagai pemenang Anugerah Pemain Terbaik Bulanan Liga Premier edisi Mei 2019.

Rawilson menjadi pemain kedua skuad Tambadau Sabah memenangi anugerah kelolaan Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) dan asiana.my selepas Luka Milunovic untuk bulan Februari lalu.

Rawilson Batuil. Gambar SNT/Ihsan Safa

Milunovic merupakan pemain pinjaman dari Melaka United dan kini sudahpun kembali ke kelab asalnya.

Rawilson yang baru mendirikan rumahtangga mendapat undian terbanyak iaitu 5,275 untuk memenangi anugerah bagi bulan Mei.

Kedudukan undian Pemain Bulanan Terbaik Liga Premier Mei 2019. Gambar SNT/Ihsan PFAM asiana.my

Dia mengalahkan Sergio Aguero (Penang), Igor Luiz (Negeri Sembilan), Kang Seung-Jo (Penang) dan Lee Chang Hoon (PDRM).

Pemangku Presiden Safa, Datuk Peter Anthony mengucapkan tahniah kepada Rawilson dan herharap ianya bukan sahaja memberi tambahan suntikan moral kepada Rawilson tetapi juga kepada semua anggota pasukan terutamanya menghadapi JDT II malam esok.-SabahNewsToday