Pilih Bahasa

Remaja antara ditahan dalam Ops Jenayah IPD KK

Oleh Alfred Petrus

KOTA KINABALU: Seramai sembilan pendatang tanpa izin (PTI) berjaya ditangkap kerana dipercayai tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dalam Ops Cegah Jenayah di sekitar bandar raya ini semalam.

Ketua Polis Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata tangkapan tersebut melibatkan empat lelaki dan lima perempuan termasuk seorang remaja dalam operasi tersebut.

“Tangkapan dibuat dalam operasi berasingan di beberapa kawasan sekita Kota Kinabalu iaitu Jeti Pasar Besar (Bulatan Todak, Pasar Besar, KK Plaza dan Safma), setinggan Itamanis, Luyang, setinggan Damai Sari/CKS, Manggatal, setinggan belakang 1Borneo, setinggan Seri Warisan Inanam dan sekitar bandar raya Kota Kinabalu.

“Ketika operasi, seramai 44 individu diperiksa  namum hanya sembilan PTI tidak mempunyai dokumen diri yang mana kesemua suspek berumur antara 14 hingga 33 tahun,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Habibi berkata kesemua tangkapan dibuat akan disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Dalam perkembangan lain, katanya dua lelaki daripada sembilan yang ditahan itu didapati positif dadah dalam ujian pantas air kencing yang dijalankan pihak berkuasa.

Katanya bagi kes tersebut akan disiasat mengikut seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Beliau menambah tumpuan lokasi operasi yang dijalankan adalah kawasan bandar raya yang mana kadar pertumbuhan PTI yang mengundang kepada kegiatan jenayah di Kota Kinabalu. – SabahNewsToday

– Tamat