Pilih Bahasa

Remaja lelaki Korea lemas ditemui

Oleh Alfred Petrus

Anggota bomba memindahkan mayat warga Korea yang ditemui lemas untuk diserahkan kepada pihka polis. – Gambar SNT/Ihsan Bomba

KOTA KINABALU: Mayat lelaki warga Korea Selatan yang dipercayai lemas di pantai salah sebuah resort di Karambunai pada Jumaat lalu berjaya ditemui hari ini.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, mangsa iaitu Kyeong Young An berumur 18 tahun ditemui oleh nelayan kira-kira pukul 6.30 petang.

Mangsa ditemui di perairan Kampung Gayang kira-kira empat kilometer dari lokasi terakhir mangsa dilaporkan hilang.

“Selepas mangsa ditemui oleh nelayan pasukan bomba bergegas ke lokasi untuk mengambil mangsa dan mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. 

“Operasi mencari dan menyelamat (Sar) ditamatkan pada pukul 8.02 pagi,” kata bomba dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam, mangsa dilaporkan hilang dan dipercayai lemas ketika sedang mandi bersama rakan-rakannya di pantai sebuah resort di Karambunai pada Jumaat. – SabahNewsToday