Pilih Bahasa

Repsol dan media Sabah terus pupuk hubungan baik

Oleh Sabah News Today

KOTA KINABALU: Pertandingan mencari harta karun menyemarakkan acara tahunan Repsol bersama media Sabah yang diadakan di sekitar ibu negeri kelmarin.

Para peserta pertandingan mencari harta karun bergambar dengan Eddie Abdullah sebelum acara dimulakan. Gambar SNT/Ihsan SJA

Dianjurkan dengan kerjasama Persatuan Wartawan Sabah (SJA) dan Persatuan Wartawan Kota Kinabalu (KKJA), aktiviti menyaksikan sebanyak 16 pasukan, setiap satu empat ahli, bertungkus lumus menyelesaikan soalan-soalan yang begitu mencabar dalam masa dua jam.

Selesai aktiviti pencarian harta karun, para pengamal media diraihkan di Sutera Marina Club, Bue Lagoon KTV Lounge.

Antara pasukan media yang mengambil bahagian dalam pertandingan mencari harta karun. Gambar SNT/Ihsan Team 6

Penasihat Perhubungan Kerajaan dan Masyarakat Sabah/Labuan untuk Repsol Oil & Gas Malaysia Limited, Datuk Eddie Abdullah berharap kerjasama baik antara Respsol dan media di Sabah akan berterusan.

Beliau juga menyatakan betapa pentingnya bagi Repsol untuk mempromosikan program kesedaran alam sekitar terutama kalangan pelajar sekolah.

Eddie Abdullah (berdiri tengah) mengabadikan dengan para pengamal media selepas selesai program. Gambar SNT/Ihsan SJA

Atas usaha berpanjangan Repsol dalam hal ini, syarikat minyak dan gas itu telah memenangi Anugerah Penghargaan Alam Sekitar Sabah 2019.

Sebagai kontraktor kepada Petronas dan juga rakan usahasama Petronas Carigali Sdn Bhd di Terengganu dan Sabah, perniagaan Repsol di Malaysia tertumpu kepada sektor hiliran atas minyak dan gas.

Eddie Abdullah menyampaikan cenderahati kepada Muguntan. Gambar SNT/Ihsan SJA

“Fokus kami ialah mengembangkan perniagaan di Malaysia namun kami juga amat berbesar hati untuk memberi balik kepada masyarakat setempat kami beroperasi,” ujarnya.

Turut hadir Presiden SJA Datuk Muguntan Vanar dan Presiden KKJA, Yong Ted Phin.-SabahNewsToday