Pilih Bahasa

RESTORAN TOM YAM BATU LAPAN SANDAKAN TERBAKAR

Oleh Alfred Petrus

Anggota bomba berusaha memadamkan kebakaran. Gambar SNT/Ehsan Bomba

SANDAKAN: Sebuah restoran Tom Yam di Batu Lapan terbakar pada tengah malam tadi.

Pegawai Bomba Kanan (PBK) Dua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan Syamzari Ganih berkata kebakaran melibatkan sebuah restoran jenis kekal dengan keluasan 15×30 kaki persegi yang terbakar kira-kira 15 peratus.

“Namun, kebakaran tersebut tidak melibatkan kecederaan dan kematian dilaporkan.

Antara bahagian dalam kedai yang terjejas. Gambar SNT/Ehsan Bomba

“Operasi terkawal pada pukul 1.07 pagi dan tamat sepenuhnya dua minit kemudian,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.

Sementara itu, katanya BBP Sandakan menerima panggilan kecemasan tersebut pada pukul 12.44 tengah malam.

Antara bahagian dalam kedai yang terjejas. Gambar SNT/Ehsan Bomba

Syamzari berkata, BBP menggegaskan seramai 12 orang anggota bersamanya ke lokasi sejurus menerima panggilan tersebut. -SabahNewsToday

-Tamat