Pilih Bahasa

Roddy, johan Sugandoi Dazanak Negeri 2019

Oleh Alfred Petrus

PENAMPANG: Dengan membawakan lagu Kosorou Kopo Nangku Doho dan Bulangou, Roddy Dezlly Roger berjaya mangalahkan empat peserta Sugandoi Dazanak lain di pentas akhir pertandingan tersebut hari ini.

Melalui kemenangan tersebut, Roddy yang mewakili daerah Penampang membawa pulang hadiah wang tunai RM1,500, trofi berserta sijil pencapaian.

Roddy (depan tengah), Daryl (depan dia kiri) dan Misnalia (depan dua kanan) merakamkan gambar kenangan bersama peserta lain. Gambar SNT/Ihsan Sugandoi Negeri

Tempat kedua pula dimenangi oleh Daryl Damian mewakili Kota Kinabalu dengan lagu Kakal Poinggirot Kandaman dan Piginavaan.

Manakala tempat ketiga dimenangi oleh Misnalia Muhinin mewakili Sandakan dengan lagu Araatan dan Bunga Taragang.

Daryl dan Misnalia masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM1,000 dan RM800 berserta trofi dan sijil.

Selain itu, Misnalia turut memenangi peserra popular dengan undian sebanyak 1,680 dan membawa pulang hadiah wang tunai RM200, trofi serta sijil. -SabahNewsToday