Pilih Bahasa

RUMAH DAN MOTOSIKAL MUSNAH TERBAKAR DI KAMPUNG KUALA DUA

Oleh Alfred Petrus

PAPAR: Sebuah rumah kediaman jenis separuh kekal di Kampung Kuala Dua Jalan Kampung Gusi Kinarut musnah terbakar hari ini.

Keadaan rumah kediaman yang musnah terbakar. Gambar SNT/Ehsan Bomba

Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang Roslie Jun berkata kebakaran tersebut melibatkan sebuah rumah yang berkeluasan 28 x 50 kaki persegi.

“Bagaimanapun, kebakaran tersebut tidak melibatkan kecederaan dan kematian dilaporkan.

“Namun, kebakaran turut melibatkan sebuah motorsikal jenis EX5 yang terbakar 100 peratus,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.

Katanya melalui operasi pemadaman kebakaran tersebut, api berjaya dikawal pada pukul 1.39 petang dan tamat sepenuhnya pada pukul 2.32 petang.

Tambahnya punca kebakaran masih dalam siasatan.

Sementara itu, Roslie berkata Pusat Gerakan Operasi (PGO) Sabah menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.14 petang dan menggegaskan anggota BBP Penampang seramai 23 orang bersamanya ke lokasi kejadian. -SabahNewsToday