Pilih Bahasa

RUMAH DAN PROTON TERBAKAR DI KAMPUNG KAURAN

Oleh Alfred Petrus

KENINGAU: Sebuah rumah dan kenderaan Proton Saga terbakar di Kampung Kauran di sini malam hari ini.

Pegawai Bomba Kanan (PBK) Dua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau Tony Sipin berkata rumah jenis separuh kekal berukuran 20X30 kaki persegi itu terbakar 80 peratus.

“Kebakaran turut melibatkan sebuah Proton Saga yang terbakar kira-kira 10 peratus.

“Namun, tiada kecederaan dan kematian dilaporkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.

Sementara itu, Tony berkata BBP Keningau menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.21 malam dan menggegaskan seramai 13 orang anggota bersamanya ke lokasi kejadian untuk operasi pemadaman kebakaran.

Tambahnya kebakaran terkawal pada pukul 7.37 malam dan tamat sepenuhnya tepak pukul 8 malam. -SabahNewsToday