Pilih Bahasa

RUMAH KEDAI DUA TINGKAT DI KAMPUNG LIKAS TERBAKAR

Oleh Alfred Petrus

Anggota bomba bertungkus lumus memadamkan kebakaran rumah kedai dua tingkat di Kampung Likas malam tadi. – Gambar SNT / Ihsan Bomba

KOTA KINABALU: Bomba berjaya memadamkan kebakaran sebuah rumah kedai dua tingkat di Kampung Likas di sini, daripada musnah dijilat api sepenuhnya.

Rumah kedai dua tingkat itu dilaporkan hanya terbakar kira-kira 65 peratus.

Penguasa Kanan Bomba (PgKB) Dua, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, Alias Abu berkata kerja-kerja pemadaman dijalankan dan operasi terkawal pada pukul 9.24 malam.

“Tiada kecederaan dan kematian mangsa berlaku ketika insiden tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Ketika kejadian, pasukan penyiasatan turut berada di lokasi untuk menjalankan siasatan punca serta anggaran kerugian.

Sementara itu, Pusat Gerakan Operasi (PGO) menerima panggilan kecemasan kebakaran tersebut pada pukul 7.46 malam dan menggegaskan BBP Kota Kinabalu bersama BBP Likas ke lokasi kejadian. – SabahNewsToday