Pilih Bahasa

Rumah musnah dalam kebakaran di Kunak

Oleh Nasrawati Syarifuddin

KUNAK: Pasukan bomba bertindak pantas memadam kebakaran sebuah rumah daripada terus merebak ke kawasan lain, di Kampung Sungai Atas, di sini, pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata pihaknya menerima panggilan pukul 6.49 pagi berhubung kejadian itu.

Sebuah rumah terbakar di Kampung Sungai Atas, Kunak. Gambar SNT/Sumber Media Sosial

“Tujuh anggota bersama seorang pegawai bertindak ke lokasi kejadian menaiki sebuah jentera penyelamat.

“Pasukan bomba kemudian menjalankan proses memadam kebakaran dan api berjaya dikawal pukul 7.22 pagi.

Anggota bomba mengawal kebakaran. Gambar SNT/Sumber Media Sosial

Katanya operasi ditamatkan sepenuhnya pukul 9.26 pagi dan tidak ada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan. – SabahNewsToday