Pilih Bahasa

RUMAH MUSNAH TERBAKAR DI KAMPUNG BIAH

Oleh Alfred Petrus

Anggota bomba memadamkan kebakaran di Kampung Biah. Gambar SNT/Ehsan Bomba Keningau

KENINGAU: Sebuah rumah musnah dijilat api di Kampung Biah Skim petang hari ini.

Pegawai Bomba (PB) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau Leong Hoi Min berkata kebakaran tersebut melibatkan sebuah rumah papan berkeluasan 40×25 kaki persegi.

Dalam insiden berkenaan, Leong berkata tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.

Rumah yang musnah terbakar itu. Gambar SNT/Ehsan Bomba Keningau

Sementara itu, dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata BBP Keningau menerima panggilan kecemasan tersebut pada pukul 2.07 petang.

“Seterusnya menggegaskan anggota seramai 10 orang ke lokasi kejadian.

“Pasukan Bomba berusaha mengawal kebakaran tersebut dan memastikan api padam sepenuhnya sehingga kawasan diisytihar selamat.

“Operasi dilaporkan terkawal pada pukul 2.40 petang dan tamat selepas 17 minit kemudian,” katanya. -SabahNewsToday