Pilih Bahasa

Rumah Terbuka Aidil Fitri MAG meriah

Oleh Mohd Adam Arinin

KOTA KINABALU: Suasana di perkarangan bangunan pentadbiran MASwings dan Malaysia Airlines, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK) meriah dengan kehadiran hampir 500 orang yang membanjiri Majlis Rumah Terbuka MAG Warna Warni Aidilfitri 2019.

Kehadiran tetamu terdiri daripada kakitangan syarikat penerbangan itu sendiri selain daripada Ketua Ketua Jabatan dan Agensi berkaitan industri pelancongan termasuk Konsul Jenderal Republik Indonesia di Kota Kinabalu Krishna Djelani, Pengerusi Sabah Tourism Board Ken Pan Ying, Pengurus Kanan Malaysia Airport Holding Berhad Sunip Naiman dan Timbalan Pengarah Lembaga Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) Wilayah Sabah Zuiful Zubri.

Ketua Pegawai Eksekutif MASwings Aminuddin Zakaria beramah mesra dengan kakitangan syarikat penerbangan pada majlis rumah terbuka MAG 2019 di perkarangan bangunan pentadbiran MASwing dan Malaysia Airlines di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

Turut memeriahkan lagi majlis adalah kehadiran wakil wakil agensi perjalanan dan pelancongan dan wakil beberapa syarikat penerbangan yang lain seperti AirAsia, Malindo Air, Royal Brunei Airlines dan Silk Air.

Pelbagai juadah dari Mai Home Catering disediakan kepada tetamu yang hadir pada majlis rumah terbuka anjuran Malaysian Aviation Group (MAG) ini yang bermula pada 10 pagi sehingga 3 petang tadi.

Kakitangan syarikat penerbangan bergambar pada majlis rumah terbuka MAG 2019 di perkarangan bangunan pentadbiran MASwings dan Malaysia Airlines di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

Ketua Pegawai Eksekutif MASwings Aminuddin Zakaria berkata penganjuran majlis seperti ini adalah bertujuan untuk beramah mesra dan meraikan Aidilfitri serta mengeratkan silaturahim diantara kakitangan syarikat penerbangan dan beberapa jabatan dan agensi berkaitan pelancongan dan penerbangan.

“Sambutan yang diadakan pada hari ini amat meriah sekali. Kehadiran tetamu tidak putus-putus sejak pagi tadi.

Suasana pada majlis rumah terbuka MAG 2019 di perkarangan bangunan pentadbiran MASwings dan Malaysia Airlines di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

“Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam pelaksanaan majlis yang saban tahun diadakan ini,” katanya ketika ditemui SabahNewsToday pada majlis itu.

Persembahan kakitangan syarikat penerbangan yang membuat persembahan pada majlis rumah terbuka MAG 2019 di perkarangan bangunan pentadbiran MASwings dan Malaysia Airlines di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

Turut diadakan pada majlis itu beberapa aktiviti permainan yang disertai oleh kakitangan syarikat penerbangan dan juga persembahan karaoke sepanjang majlis itu berlangsung. -SabahNewsToday