Pilih Bahasa

Rumpai laut pilihan penternak tempatan

Tinjauan ke lokasi pengeringan Rumpai Laut di Perairan Felda Umas Pulau Sebatik, Tawau. – Gambar SNT/Ihsan JPAN

TAWAU : Taklimat Projek Kluster Rumpai Laut Sabah telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Bilik Mesyuarat Jabatan Perikanan Sabah, dekat sini.

Taklimat disampaikan oleh Pengarah Jabatan Perikanan Sabah, Dr, Ahemad Sadi dan dipengerusikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paginatan Datuk Abidin Madingkir. 

Menurut Dr. Ahemad, rumpai laut yang paling popular ditanam oleh penguasa penternak tempatan ialah dari jenis Green, Flower, Crocodile, Brown, Giant dan Red durian.

“Biasanya rumpai laut ini digunakan untuk penghasilan produk makanan dan minuman dan produk bukan makanan.

” Hasil tuaian matang rumpai laut ini ialah  dalam tempoh sekitar 45 hari,” katanya ketika menyampaikan taklimat mengenai projek itu di sini, baru-baru ini.

Turut sama dalam rombongan itu ialah Adun Kemabong Jamawi Jaafar; Adun Pitas, Datuk Bolkiah Ismail; Adun Likas, Tan Lee Fatt; Adun Lumadan, Matbali Musah; Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah, Datuk Datu Rosmadi Datu Sulai dan Pengarah Audit Negera Negeri Sabah, Patimah Pamuji. 

Selepas sesi taklimat, rombongan dibawa ke Jeti Pasar Tawau untuk meninjau Tapak Pengeringan Penjemuran Rumpai Laut di Perairan Felda Umas, Pulau Sebatik, Tawau.

Rombongan menaiki dua buah bot Jabatan Perikanan Sabah, diiringi oleh sebuah bot Polis Marin bagi tujuan keselamatan.

Urusetia program berkenaan adalah daripada Dewan Undangan Negeri Sabah bersama Jabatan Audit Negara Negeri Sabah. – SabahNewsToday