Pilih Bahasa

Sabah catat 25 kes terbaru Covid-19 hari ini

Oleh Junaidi Ladjana

KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan 25 kes terbaru positif Covid-19 yang menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 82 kes setakat hari ini.

Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Frankie Poon Ming dalam status Facebooknya setakat pukul 6.30 petang tadi mendedahkan statistik terbaru itu.

Frankie Poon. – Gambar fail SNT

“Lahad Lahad merekodkan kes tertinggi dengan 23 kes diikuti Tawau (16 kes), Kota Kinabalu (12), Kinabatangan dan Sandakan masing-masing lima kes.

“Bagi Tuaran, Beaufort, Sipitang dan Kunak (4 kes), Putatan (2 kes) manakala Kota Belud, Papar dan Semporna (1 kes),” katanya.

Terdahulu, dalam kenyataan Facebook Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, seramai 2,426 peserta tabligh di Sabah menghadiri perhimpunan di Masjid Sri Petaling di Selangor berjaya dikesan.

Ia sekali gus menjadikan jumlah tertinggi setakat ini.

Menurut statistik berkenaan, seramai 1,895 sudah diperiksa dan sebanyak 854 sampel diambil. – SabahNewsToday