Pilih Bahasa

Sabah catat bacaan IPU sederhana pagi ini

KOTA KINABALU: Indeks Pencemaran Udara (IPU) semua kawasan di Sabah mencatatkan bacaan sederhana setakat 8.30 pagi ini.

Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS), Labuan mencatatkan bacan IPU 69, Bongawan (63), Kota Kinabalu (66), Politeknik Kota Kinabalu (66), Sandakan (60), Tawau (53) dan Keningau (57).

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).

Orang ramai boleh merujuk laman web http://apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU terkini.– BERNAMA