Pilih Bahasa

Sabah dapat gangsa kejohanan tarik tali terbuka Singapura

Oleh Sabah News Today

KOTA KINABALU: Pasukan Sabah berjaya membawa pulang dua pingat gangsa dari Kejohanan Tarik Tali Indoor Terbuka Singapura 2019 yang berlangsung di Republic Polytechnic, Woodlands pada 3-4 Ogos.

Bersaing dalam kategori Remaja Bawah 23 Tahun pada berat badan 600 kilogram yang berlangsung pada sebelah pagi, Sabah tewas 1-2 di tangan pasukan Taiwan dalam perlawanan separuh akhir untuk berhadapan tuan rumah Singapura, sebelum mencatat kemenangan 2-0 pada perlawanan penentuan tempat ketiga untuk pingat gangsa pertama.

Pasukan Sabah merai kejayaan selepas berakhirnya Kejohanan Tarik Tali Indoor Terbuka Singapura 2019 di Republic Polytechnic, Woodlands pada Ahad. Gambar SNT/Ihsan MSN Sabah

Pasukan yang sama kemudiannya bersaing dalam kategori Terbuka Lelaki pada gabungan berat badan yang sama yang berlangsung di sebelah petang.

Mara ke separuh akhir, pasukan negeri ini berhadapan Taiwan selaku juara dunia dan beraksi cemerlang mencatat keputusan seri 1-1, tetapi Taiwan mencatat kelebihan menerusi kiraan berat badan yang lebih ringan untuk mara ke perlawanan akhir penentuan juara.

Di perlawanan penentuan tempat ketiga, pasukan negeri ini diberi laluan oleh pasukan senior Singapura untuk membawa pulang pingat gangsa kedua.

Presiden Persatuan Tarik Tali Negeri Sabah; Androd Sadian mengetuai cabaran negeri ini menyertai kejohanan dua hari itu yang turut disertai oleh pasukan-pasukan dari negara -SabahNewsToday