Pilih Bahasa

SABAH DIPERUNTUKKAN RM5.01 BILION BAGI TINGKATKAN PEMBANGUNAN

KUALA LUMPUR, 18 Mac (Bernama) — Sabah telah diperuntukkan sejumlah RM5.01 bilion atau 9.2 peratus daripada jumlah peruntukan pembangunan keseluruhan di bawah ‘Rolling Plan’ keempat dalam Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11).

Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata jumlah peruntukan tersebut telah meningkat 21.3 peratus daripada tahun sebelumnya dan ia bagi memastikan tahap pembangunan di negeri di bawah bayu itu dapat dipertingkatkan.

“Peruntukan tersebut adalah bagi melaksanakan sebanyak 119 projek baharu dan 519 projek sambungan melalui pelbagai kementerian,” katanya dalam persidangan Dewan Rakyat hari ini.

— BERNAMA