Pilih Bahasa

Sabah laksana sekatan perjalanan bagi kesemua laluan terus dari Korea Selatan mulai 1 Mac

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah mengeluarkan arahan sekatan kemasukan sementara semua laluan termasuk penerbangan dari Korea Selatan ke negeri ini mulai 1 Mac, ekoran peningkatkan wabak Covid-17 yang semakin meningkat di negara tersebut ketika ini.

Jabatan Ketua Menteri (JKM) Sabah dalam kenyataan hari ini menjelaskan ia berikutan kebimbangan penularan penyakit berkenaan ke negara meskipun Sabah dilaporkan masih bebas daripada sebarang kes Covid-19.

Bagaimanapun, penerbangan dari Korea Selatan yang membawa penumpang negara ini mahupun penerbangan secara langsung dari Sabah ke Korea Selatan adalah dibenarkan.

Begitu juga dengan rakyat Korea Selatan dan pelancong luar yang menggunakan penerbangan bukan secara langsung (non-direct flights) dari negara tersebut (Korea Selatan) juga diberikan kebenaran memasuki negeri ini.

“Kesemua pelancong yang sebelum ini pernah melancong ke Korea Selatan dalam tempoh 14 hari tidak dibenarkan masuk ke Sabah.

“Warga Malaysia (yang tidak tinggal di Sabah) yang juga memiliki sejarah perjalanan ke Korea Selatan dalam tempoh 14 hari dilarang memasuki negeri ini,” kata JKM lagi.

Rakyat Sabah, penduduk tetap dan yang menetap di negeri ini menggunakan permit kerja, pelajar, pas lawatan jangka panjang  atau yang berkaitan setelah kembali dari Korea Selatan diwajibkan menjalani kuarantin selama 14 hari.

Kesemua penumpang persinggahan yang berasal Korea Selatan tidak akan dibenarkan memasuki negeri ini.

Bagi rakyat Korea Selatan yang masih berada di negeri ini dinasihatkan untuk meninggalkan negeri ini atau kembali semua ke negara mereka sebelum tempoh visa mereka tamat. – SabahNewsToday