Pilih Bahasa

Sabah sasar 15 emas Sopma XXI 2020

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

Jin Zhe (tengah) bersama ahli Persatuan Orang Pekak Negeri Sabah sempena kunjungan hormat bagi menyatakan penyertaan mereka Sopma XXI Johor pada 22-27 Jun 2020. – Gambar SNT/Ihsan MSN Sabah

KUNJUNGAN HORMAT… Persatuan Sukan Orang Pekak Negeri Sabah (SDEAFSA) mengadakan pertemuan dengan Menteri Belia dan Sukan negeri, Phoong Jin Zhe baru-baru ini bagi membincangkan mengenai penyertaan mereka ke kejohanan Sukan Orang Pekak Malaysia (Sopma) XXI Johor pada 22-27 Jun 2020.

Antara perkara yang dibincangkan ialah mengenai persiapan awal di pusat latihan serta keperluan sumbangan untuk membiayai bajet kontinjen orang kurang upaya (OKU) pekak Sabah seramai 96 peserta.

Mereka bakal menyertai lima acara di Sopma iaitu olahraga, bola sepak, bowling, futsal dan badminton dengan jumlah sasaran adalah sebanyak 15 pingat emas.

Persatuan itu berharap agar Sabah dapat mengulangi kejayaan sama tahun depan sekiranya persiapan awal dapat dilakukan termasuk memperolehi sumbangan daripada syarikat-syarikat swasta bagi membantu SDEAFSA mencapai misi mereka. – SabahNewsToday