Pilih Bahasa

Sabah tangguh pelaksanaan PKPB yang sepatutnya bermula esok

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri pada hari ini memutuskan untuk tidak melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang diumumkan oleh Persekutuan.

“Pendirian ini diambil bagi meneruskan usaha untuk membendung penularan pandemik Covid-19 dan memastikan rakyat tidak terdedah dengan jangkitan virus Covid-19,” kata Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hari ini.

Datuk Mohd Shafie Apdal. Gambar Fail SNT

Oleh itu beliau menyeru rakyat di Sabah agar terus mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Tahap 4 yang sedang berkuatkuasa sehingga 12 Mei ini.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 1 Mei lalu mengumumkan keputusan Kerajaan Persekutuan melaksanakan PKPB bermula esok.

Selain Sabah, Sarawak serta Kedah turut menangguh pelaksanaan PKPB.-SabahNewsToday