Pilih Bahasa

Saga IX: Keningau vs Sandakan final bola sepak

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

Pemain Keningau meraikan kejayaan mara ke final bola sepak kategori lelaki menentang Sandakan. – Gambar SNT

KENINGAU: Pasukan tuan rumah Keningau akan menentang Sandakan dalam perlawanan akhir bola sepak kategori lelaki di Kompleks Sukan Keningau, esok.

Terdahulu dalam perlawanan separuh akhir petang tadi, Keningau berjaya menewaskan Kota Kinabalu 4-3.

Jaringan tuan rumah dihasilkan menerusi Fernanda De Eric pada minit ke 25 diikuti Hilarion Andrew m-30.

Kota Kinabalu terlebih dahulu membuka jaringan minit ke 11 oleh Johan Mansur sebelum Muhd Faqhrurazi menjadikan kedudukan 2-2 apabila menjaringkan gol pada m-37 manakala Rayner Doliente meletakkan pasukannya dihadapan dengan gol ketiga pada m-45 separuh masa pertama.

Tuan rumah yang tidak menyerah kalah berjaya menambah jaringan hasil sepakan menarik Fredly minit ke 86 dan gol pada masa tambahan Hiliarion m-91 mengesahkan kemenangan mereka pada perlawanan itu.

Sementara itu dalam perlawanan separuh akhir kedua menyaksikan Sandakan menewaskan Tawau 2-1.

Pemain Sandakan, Mohd Sahrizan Saidin menjadi wira pasukannya apabila menjaringkan kedua-dua gol minit ke 54 dan pada masa tambahan separuh masa kedua.

Jaringan Tawau dihasilkan oleh Arbi Usman m-82.

Bagi perlawanan akhir kategori wanita pula menyaksikan pertembungan Tambunan melawan Kota Kinabalu.

Dalam aksi separuh akhir, Tambunan membelasah Sandakan 4-0 manakala Kota Kinabalu menewaskan Tenom 2-0. – SabahNewsToday