Pilih Bahasa

Saga IX tampilkan bakat cemerlang peninju muda

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

KENINGAU: Acara tinju akhir yang diadakan di Dewan Masyarakat di sini menyaksikan perlawanan sengit peninju muda dan berbakat besar khususnya dari luar bandar negeri ini yang mengambil dalam Sukan Sabah (Saga) IX.

Ramzieman [email protected] dan Lau Ung Sian yang mewakili Nabawan dan Papar berkongsi gangsa dalam acara itu.

Acara akhir tinju yang yang diadakan di Dewan Masyarakat Keningau. – Gambar SNT/Ihsan Jabatan Penerangan

Bagi kategori 52kg pula dimenangi peninju Beluran iaitu Mohd Syahran Hafie Mohd Fauzee yang mengalahkan Johnny Jude Majimbun Eidis (Tambunan) untuk perak manakala Dennly Jay Sim (Tongod) dan Mohd Fairul Yee Abdullah (Sandakan) meraih gangsa.

Dalam pada itu kategori 56kg, Fabio Peter Fabian yang mewakili Tambunan mudah menundukkan Ahmadhariful Mohd Noor dari Beluran bagi penentuan emas.

Aksi peninju muda di Dewan Masyarakat Keningau. Gambar SNT/Ihsan Penerangan

Gangsa milik Ahmad Khairunee Abd Malik (Papar) dan Megdylan Tommy (Penampang).

Saingan dalam kategori 60kg menyaksikan kemenangan berpihak kepada peninju Sandakan iaitu Rosshazmie Roslan.

Lawan Rosshazmie yang mewakili pasukan Tuaran iaitu Mohd Haikal Normaksud memperolehi perak manakala Jay Rider dari Tambunan meraih gangsa.

Bagi kategori 64kg dan 75kg pula, emas dimenangi oleh Azrullah Sulaiman dari Papar dan Muhd Izzat Akmal Kamal dari Kota Kinabalu. – SabahNewsToday