Pilih Bahasa

Sambut baik usaha swasta, NGO anjur acara keusahawanan

Oleh Mohd Nazllie Zainul

Daud (enam dari kiri) bersama barisan selebriti yang menyertai Star Vendors-Sabah Mega Festival 2019 di Kota Kinabalu. – Gambar SNT/Mohd Nazllie Zainul

TA KINABALU: Kerajaan negeri menyambut baik usaha pihak swasta atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam menganjurkan program menghimpunkan usahawan tempatan di negeri.

Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Dr Daud Yusof berkata usaha berkenan dilihat untuk pembangunan ekonomi Sabah seiring kehendak kerajaan mahu lebih ramai pelabur datang ke Sabah.

Daud berkata ia juga antara inisiatif terbaik bagi mempromosikan jenama atau produk tempatan termasuk barangan keluaran usahawan Sabah samaada produk kecantikan, pakaian atau makanan.

Ifa (lima dari kanan) menyampaikan cenderamata kepada Daud (enam dari kanan) sempena perasmian Star Vendors-Sabah Mega Festival 2019 di Kota Kinabalu. – Gambar SNT/Mohd Nazllie Zainul

“Sama seperti acara Star Ventor ini, usahawan dari Semenanjung boleh memperluaskan pasaran barangan mereka negeri ke negeri manakala usahawan tempatan Sabah juga melihat peluang atau kerjasama untuk memasarkan produk masing-masing ke Semenanjung.

“Kita juga berharap semakin ramai pengeluar produk asal negeri ini akan menyertai acara keusahawanan seperti ini pada masa hadapan agar dapat memberi lebih pendedahan dalam bidang perniagaan.

“Dalam pada itu, kita juga mahu program sama diadakan saban tahun agar membuka banyak peluang perniagaan,” katanya ketika ditemui selepas majlis perasmian Star Vendors-Sabah Mega Festival 2019 di Sabah Trade Centre, di sini hari ini.

Daud (empat dari kiri) dan Ifa (lima dari kanan) memotong reben sebagai gimik perasmian Star Vendors-Sabah Mega Festival 2019 di Kota Kinabalu. – Gambar SNT/ Mohd Nazllie Zainul

Turut hadir Timbalan Yang Di pertua Dewan Perniagaan Bumiputera Sabah (DPBS), Datuk Mohd Nazri Abdullah dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Star Vendors, Ifa Raziah.

Julung kali diadakan di Sabah, negeri ini adalah lokasi kedua selepas Kuala Lumpur pada Ramadan lalu.

Terdapat kira-kira 110 vendor membabitkan jenama selebriti dan usahawan tempatan yang menjual aneka produk sepanjang program berlangsung pada 3 dan 4 Ogos itu.

Sementara itu, Ifa berkata pihaknya akan meneruskan siri jelajah Star Vendors untuk edisi tahun ini dan masih memilih sama ada Sarawak atau Johor sebagai lokasi terakhir.

Menurut Ifa, beliau juga sudah merancang meneruskan program sama bagi edisi tahun depan yang membabitkan 10 lokasi di seluruh negara. -SabahNewsToday