Pilih Bahasa

Sambutan Hari Jururawat Sedunia 2020 bersejarah

TAWAU: Berbeza daripada sambutan sebelum ini, Hari Jururawat Sedunia 2020, pastinya mencatat sejarah baharu dalam profesion kejururawatan termasuk di Malaysia.

Ini kerana seluruh dunia sedang berperang melawan pandemik Covid-19 dan golongan jururawat antara wira barisan hadapan menjadi ‘benteng’ untuk membendung penularan wabak penyakit ‘pembunuh’ ini.

Mohd Razif bergambar kenangan bersama barisan jururawat.-Gambar SNT/Ihsan PPM Tanjong Batu

Adun Tanjong Batu Datuk Hamisa Samat tidak ketinggalan meraikan Hari Jururawat Sedunia di Hospital Besar Tawau dengan memberi kek sebagai tanda ingatan kepada barisan jururawat tersebut.

Beliau telah diwakili oleh Pegawai Pembangunan Masyarakat Dun Tanjong Batu Mohd Razif Nizam Abdullah semalam.

Menurut Hamisa mereka sebenarnya bukan sahaja berkorban masa, tenaga serta perasaan, bahkan ramai terpaksa berjauhan, meninggalkan anak, isteri/suami serta insan tersayang lainnya, demi menunaikan tugas untuk negara.-SabahNewsToday