Pilih Bahasa

Sasar lebih ramai pelabur China datang ke Sabah

Oleh Mohd Nazllie Zainul

Tun Juhar (tengah) bersama tetamu kenamaan lain bergambar kenangan sempena Majlis Ulangtahun Kemerdekaan China ke 70 di Kota Kinabalu. – Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri mahu mengalu-alukan kedatangan lebih ramai pelabur dari China melabur di negeri ini dalam usaha meningkatkan pembangunan ekonomi Sabah.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata Sabah sebuah negeri yang kaya dengan bahan asli yang boleh dijadikan sumber pendapatan negeri.

Mohd Shafie berkata ia sekaligus menunjukkan banyal industri di negeri terbabit mempunyai potensi besar untuk dibangunkan.

“Kita sentiasa mengalukan pelabur China untuk datang melabur dan membina kilang di negeri ini

Liang Caide (dua dari kanan) menyertai persembahan koir sempena Majlis Ulangtahun Republik China ke 70 di Kota Kinabalu. – Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

“Perkara ini bukan sahaja memberi pulangan kepada pelabur serta kerajaan malah mampu mewujudkan lebih banyak pekerjaan kepada penduduk tempatan khususnya generasi muda.

“Selain itu, kemasukkan pelabur juga secara tidak langsung membawa teknologi canggih baharu yang boleh dipraktikkan di sini.

“Kita pastikan akan berusaha sebaik mungkin untuk menyediakan kemudahan diperlukan pelabur dari pelbagai aspek agar mereka berasa selesa apabila berada di negeri ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Ulangtahun Republik China ke 70 di sini, semalam.

Majlis disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin dan isteri, Toh Puan Norlidah RM Jasni.

Tun Juhar (tengah) memotong kek sempena Majlis Ulangtahun Kemerdekaan Republik China ke 70 di Kota Kinabalu. – Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

Turut hadir  isteri Ketua Menteri, Datin Seri Shuryani Shuaib; Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri , Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Christina Liew dan Konsul General China ke Sabah, Liang Caide.

Dalam pada itu Mohd Shafie berkata penubuhan Konsulat China di Sabah menunjukkan bahawa kerajaan China begitu penting kepada negeri itu. 

Menurut beliau, kerajaan negeri dan Konsulat Jeneral sentiasa menjaga kerjasama yang baik malah kedua belah pihak pernah mengadakan sebuah konsert istimewa bagi menyambut ulangtahun ke 45 penubuhan hubungan diplomatik antara China dan Malaysia.

“Ini adalah kali pertama Orkestra Symphony Cina datang ke negeri ini sekaligus merintis pertukaran budaya antara China dan Sabah.

“Saya berharap lebih banyak kerjasama antara kedua-dua pihak pada masa akan datang selain hubungan baik dua negara ini terus kekal,” katanya. – SabahNews Today