Pilih Bahasa

SATU BLOK 10 PINTU DI ESTAT KEDAU LUNG MANIS TERBAKAR

Oleh Alfred Petrus

Anggota bomba sedang memadamkan bara api. Gambar SNT/Ehsan Bomba

BELURAN: Sebanyak 10 unit rumah jenis tidak kekal musnah terbakar di Estat Kedau Lung Manis petang hari ini.

Pegawai Bomba Kanan (PBK) Dua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beluran Rahmat Rudat berkata dalam kebakaran tersebut turut melibatkan sebuah motosikal.

“Kebakaran melibatkan satu blok rumah kongsi 10 pintu berukuran 30X100 kaki persegi terbakar 100 peratus bersama sebuah motosikal semasa jentera bomba tiba.

“Pemeriksaan dijalankan oleh pasukan bomba untuk memastikan keadaan selamat.

“Operasi terkawal pada pukul 6.02 petang. Tiada sebarang kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan berlaku,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.

Katanya operasi tamat pada pukul 7.53 malam.

Sementara itu, tambahnya BBP Beluran menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.48 petang dan menggegaskan seramai enam anggota bersamanya ke lokasi. -SabahNewsToday