Pilih Bahasa

‘Saya tidak berniat menjadi Ahli Parlimen sampai mati’ – Karim

Oleh Junaidi Ladjana

MEMBAKUT: “Saya tidak berniat menjadi Ahli Parlimen sampai mati,” kata calon Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Karim Bujang, menjawab gelaran ‘beliau’ bermaksud orang tua yang diberikan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Karim beramah-mesra dengan penduduk yang hadir dalam Majlis Ramah Mesra Bersama Rakyat anjuran Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko), di Kampung Matujung, di sini, hari ini. Gambar SNT/Junaidi Ladjana

Malah katanya, beliau bersedia memberi peluang kepada anak muda.

“Perkara yang saya akan lakukan adalah melatih dan memberi peluang seberapa ramai anak muda untuk dijadikan pemimpin masa depan.

“Saya tidak berniat menjadi Ahli Parlimen sampai mati… saya pun ada berehat, tapi kali ini berilah saya peluang untuk memberi yang terbaik untuk kawasan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Ramah Mesra Bersama Rakyat anjuran Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko), di Kampung Matujung, di sini, hari ini.

Karim berkata beliau tidak kecil hati dengan panggilan itu.

Karim bercakap kepada media. Turut kelihatan Presiden Upko Datuk Seri Wilfred Madius Tangau dan Datuk V K Liew. Gambar SNT/Junaidi Ladjana

“Saga langsung tidak terhiris pun dengan sebutan begitu walaupun saya tahu “Bossku” (Najib) sudah kena kitar semula dua tiga kali… dia masih belum puas hati lagi,” katanya.

“Saya ‘straight foward’, sampai masa berhenti, kita berhenti. Tetapi saya lakukan yang terbaik untuk generai muda jika saya diberi peluang,” katanya.

Sementara itu, beliau menafikan tohmahan yang menuduhnya pernah meminggirkan kaum KadazanDusun Murut (KDM) sepanjang bergelar sebagai wakil rakyat dahulu.

“Untuk mengatakan saya meminggirkan kaum KDM, saya nafikan di sini… kenapa saya perlu meminggirkan KDM?

“Anda boleh periksa daripada pilihan raya umum yang lalu, saya mempunyai banyak undi datang dari kawasan KDM,” katanya. – SabahNewsToday