Pilih Bahasa

Sebanyak 389 keluarga terima sumbangan Adun Kiulu

Joniston (kanan) menyampaikan sumbangan kepada wakil penerima sambil diperhatikan oleh Jahid (kiri). Gambar SNT/Ihsan PBS

SUMBANGAN … Seramai 389 keluarga di kawasan Dun Kiulu menerima sumbangan kurma dari wakil rakyat mereka, Datuk Joniston Bangkuai sempena bulan Ramadan dan perayaan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Sumbangan disampaikan dalam sebuah majlis ringkas dimana para penerima diiwakili oleh 14 orang Pengerusi Masjid dan Surau di Dewan Kionsom Baru, Kiulu hari ini.

Dalam majlis tersebut, Joniston yang juga merupakan Ketua Penerangan Parti Bersatu Sabah (PBS) turut mengagihkan sumbangan bantuan beras serta penutup mulut dan hidung kepada semua penerima.

Hadir sama dalam majlis tersebut, Ahli Dewan Undangan Negeri Tamparuli Datuk Jahid Jahim, yang juga Setiausaha Agung
PBS.-SabahNewsToday