Pilih Bahasa

Sebanyak 50,000 penutup mulut dan hidung diagihkan di Kemabong

Oleh Sabah News Today

TENOM: Sebanyak 50,000 keping penutup mulut dan hidung akan diagih-agihkan secara percuma kepada penduduk di kawasan Kemabong .

Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Kemabong Jamawi Jaafar berkata penutup mulut dan hidung tersebut merupakan sumbangan dari kerajaan negeri dan akan diselaraskan oleh pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di kawasan masing-masing.

Jamawi menerima kotak kotak yang berisi penutup muka dan hidung di pejabat Pusat Khidmat Adun Kemabong. Gambar SNT/Ihsan Pusat Khidmat Adun Kemabong

“Saya berterima kasih kepada kerajaan negeri dibawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang prihatin tentang aspek keselamatan dan kesihatan rakyat terutamanya semasa berhadapan dengan wabak Covid-19 dengan pemberian penutup muka secara percuma ini,” katanya ketika ditemui selepas menerima penghantaran bantuan tersebut di Pusat Khidmat Adun Kemabong di sini kemarin.

Menurut Jamawi penduduk kampung tidak perlu keluar rumah untuk mendapat penutup mulut dan hidung tersebut dimana ianya akan diselaraskan dan di sampaikan oleh pengerusi MPKK mengikut kampung masing-masing.

Jamawi bersama kaki tangan Pusat Khidmat Dun Kemabong menunjukkan isyarat bagus atas penerimaan sumbangan tersebut. Gambar SNT/Ihsan Pusat Khidmat Adun Kemabong

Dalam pada itu sekali lagi beliau mengingatkan penduduk khususnya di Kemabong agar mengutamakan aspek kebersihan membasuh tangan dengan air atau sabun, memakai penutup mulut dan hidung terutamanya jika berada di tempat tumpuan ramai serta menjaga penjarakan sosial.

“Walau di kawasan Kemabong kita masih bebas dari wabak ini langkah berhati hati perlu kita utamakan dan saya berharap ketika ini kita hadkan atau tangguhkan dulu program program yang melibatkan orang ramai seperti majlis kahwin, kenduri kendara dan sebagainya sebagai usaha kita memutuskan dan menangani wabak virus Covid -19,” katanya.-SabahNewsToday