Pilih Bahasa

Sedco dan KKIP bayar balik pinjaman RM12 juta kepada Kerajaan Negeri

Oleh Chris Maskilone

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri hari ini menerima bayaran balik pinjaman berjumlah RM12 juta daripada dua agensi di bawah Kementerian Perdagangan dan Perindustrian.

Madius (dua kiri) menyerahkan replika cek Bayaran Balik Pinjaman RM7juta daripada Sedco kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal bagi pihak Kerajaan Sabah di Bilik Danum, Dun. Gambar SNT/Datu Ruslan Sulai

Agensi tersebut ialah Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (Sedco) yang membuat bayaran balik pinjaman berjumlah RM7 juta manakala Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) pula membayar balik sebanyak RM5 juta.

Penyerahan replika cek bayaran balik pinjaman Sedco dan KKIP kepada Kerajaan negeri disampaikan oleh Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Perdagangan dan Perindustrian Datuk Seri Wilfred Madius Tangau kepada Ketua Menteri merangkap Menteri Kewangan Datuk Seri Mohd Shafie Hj Apdal.

Madius turut menyerahkan replika cek daripada KKIP Sdn Bhd kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal bagi pihak Kerajaan Sabah di Bilik Danum, Dun. Gambar SNT/Datu Ruslan Sulai

Majlis penyerahan yang dilakukan di Bilik Danum Dewan Undangan Negeri turut disaksikan oleh Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan, Datuk Bahari Hj Hassan, Pengurus Besar Kumpulan Sedco, Datuk Hj. Pengiran Saifuddin Pengiran Tahir dan Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Melvin Disimond.-SabahNewsToday