Pilih Bahasa

SEDCO Serah RM200 ribu Zakat Perniagaan

Oleh Sabah News Today

Hasbullah (tiga dari kanan) dan Pg Mohamad (tiga dari kiri) ketika Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan SEDCO 2018 Azhar. – Gambar SNT/Ehsan Penerangan


Kota Kinabalu: Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO) menyerahkan zakat perniagaan 2018 sebanyak RM200 ribu kepada Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) di sini pagi tadi.

Replika cek “Haul Zakat Perniagaan SEDCO 2018” diserahkan oleh Timbalan Pengurus Besar Kumpulan SEDCO, Azrul Ahmad kepada Pengerusi MUIS, Datuk Seri Dr Hasbullah Mohd Taha.

Pada majlis tersebut, Hasbullah menasihati kepada mereka yang hadir supaya menunaikan zakat bagi membantu golongan yang kurang kemampuan selain sebagai ibadah mematuhi perintah Allah swt supaya mendapatkan rahmat dan kesejahteraan di dunia dan akhirat.

Pg Mohamad (duduk,dua dari kiri) dan rombongan serta kakitangan Pusat Zakat Sabah merakamkan gambar kenangan bersama Hasbullah (duduk,tengah). – Gambar SNT/Ehsan Penerangan

Hadir sama pada majlis adalah Pengerusi Kumpulan SEDCO, Pg Mohamad Yusof Pg Abd Razak; Pengurus Kewangan SEDCO, Ahmid Idris; Pengurus Seksyen Perhubungan Awam, Arnahal Yusof dan Penolong Pegawai Tadbir Seksyen Perhubungan Awam, Fitrinah Bahrin.-SabahNewsToday/Penerangan